Rundingan Petronas-Petros fokus penyelesaian menang-menang - Fadillah

Rundingan Petronas-Petros fokus penyelesaian menang-menang – Fadillah

FADILLAH YUSOF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Kerajaan Persekutuan dan Sarawak sedang fokus mencari langkah menang-menang berhubung isu membabitkan Petroliam Nasional Berhad (Petronas) dan Petroleum Sarawak Berhad (Petros).

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof berkata, rundingan itu membabitkan semua pihak dan tidak menyentuh sebarang rangka kerja perlembagaan atau perundangan sedia ada.

Katanya, rundingan itu turut melibatkan Peguam Negara (AG), Peguam Besar Negeri Sarawak, pihak Petronas, Petros dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Premier Sarawak, Tan Sri Abang Johari Abang Openg.

“Perundingan ini dijalankan secara berterusan dan tidak melibatkan sebarang pindaan kepada Perlembagaan atau undang-undang sedia ada.

“Jika ia membabitkan soal undang-undang, penyelesaian hanya boleh dicapai menerusi mahkamah. Namun pendekatan kita kini adalah untuk mencari jalan penyelesaian yang boleh diterima semua pihak,” katanya dalam sidang akhbar Minggu ADR 2025 dan Persidangan Tuntutan Pembinaan ADR Sabah dan Sarawak 2025.

Mengulas saranan peguam kanan, Mohamed Haniff Khatri Abdulla supaya Peguam Negara dan Peguam Besar Negeri diberi tanggungjawab dalam menasihati kerajaan berhubung sebarang pertikaian undang-undang dan Perlembagaan Persekutuan, Fadillah berkata, peranan kedua-dua pihak sememangnya telah diambil kira dalam rundingan tersebut.

Utusan Malaysia sebelum ini melaporkan, Kerajaan Sarawak dilaporkan mengeluarkan surat tuntutan kepada anak syarikat Petronas, Petronas Carigali Sdn. Bhd. (PCSB) atas dakwaan melanggar Seksyen 7(e) Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Kementerian Utiliti dan Telekomunikasi Sarawak mendakwa loji kendalian PCSB di Miri Crude Oil Terminal (MCOT) telah beroperasi tanpa permit sah melibatkan aktiviti pembinaan, penyelenggaraan serta pengurusan saluran paip dan peralatan gas asli.

Petronas turut mengesahkan PCSB menerima notis daripada kementerian tersebut pada 30 April lalu berhubung isu pemprosesan dan pengedaran gas.

Sementara itu, Fadillah yang juga Menteri Peralihan Tenaga dan Transformasi Air menegaskan, rundingan antara Petronas dan Petros tidak menjejaskan rundingan berhubung Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Isu Petronas dan Petros adalah perkara berasingan. Rundingan MA63 berjalan seperti biasa dan banyak perkara telah serta sedang diselesaikan secara berperingkat,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya