Rosak palang parkir: Peniaga direman dua hari

Rosak palang parkir: Peniaga direman dua hari

SUSPEK (dua dari kanan) dibawa keluar dari Kompleks Mahkamah Kangar selepas permohonan reman berhubung kes khianat merosakkan palang parkir pintar di Jalan Seruling, Kangar, Perlis. -UTUSAN/ASYRAF MUHAMMAD
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KANGAR: Seorang peniaga yang dipercayai melanggar dan merosakkan palang sistem parkir pintar di Jalan Seruling, di sini, direman dua hari bermula hari ini sehingga esok.

Penahanan reman suspek berusia 62 tahun itu dibuat bagi membolehkan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 427 Kanun Keseksaan.

Perintah reman dikeluarkan oleh Penolong Pendaftar Mahkamah, Nur Syafina Aina Zamri di Kompleks Mahkamah Kangar, di sini, hari ini.

Terdahulu, polis membuat permohonan reman selama empat hari ke atas suspek bagaimanapun dibantah oleh peguam, S. Devandran dan Zuhair Ahmad Zakuan.

Mahkamah kemudiannya meluluskan permohonan reman ke atas suspek selama dua hari bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan berhubung kes itu.

Semalam, Utusan Malaysia melaporkan mengenai penularan klip rakaman kamera litar tertutup (CCTV) memaparkan sebuah kenderaan pacuan empat roda dipercayai dipandu suspek telah merempuh dan melanggar palang sistem parkir pintar di sekitar Jalan Seruling, di sini.

Susulan itu, lelaki terbabit turut ditahan di hadapan sebuah bank di Jalan Raja Syed Alwi, Pusat Bandar Kangar, dalam tempoh tidak sampai 24 jam selepas laporan dibuat oleh wakil Snatch-P yang merupakan penyedia sistem pengurusan parkir pintar berkenaan.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd. Yusop berkata, hasil siasatan di lokasi kejadian mendapati terdapat tiga unit sistem palang parkir automatik di Jalan Seruling telah dirosakkan.

“Hasil pemeriksaan juruteknik syarikat juga mengesahkan sistem parking palang automatik tersebut sudah rosak dan tidak berfungsi lagi.

“Kali terakhir pengadu melihat sistem parking palang automatik tersebut berada di dalam keadaan baik adalah pada Sabtu lalu sekitar pukul 7 petang setelah selesai ujilari sistem palang berkenaan,” katanya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya