Rodziah cuba nasib sekali lagi cabar Fadhlina

Rodziah cuba nasib sekali lagi cabar Fadhlina

RODZIAH ISMAIL
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Ahli Parlimen Ampang, Rodziah Ismail sekali lagi membuat cubaan untuk merampas jawatan Ketua Wanita Parti Keadilan Rakyat (PKR) pada pemilihan parti kali ini daripada penyandang, Fadhlina Sidek.

Perkara itu disahkan melalui semakan daripada laman sesawang Pemilihan PKR 2025 yang memaparkan Fadhlina yang juga merupakan Menteri Pendidikan akan sekali lagi dicabar oleh Rodziah dalam usahanya mempertahankan jawatan Ketua Wanita.

Sementara itu, bagi jawatan Timbalan Ketua Wanita PKR pula hanya mempunyai satu percalonan sahaja iaitu daripada penyandangnya, Juwairiya Zulkifli.

Rodziah pernah mencabar Fadhlina pada Pemilihan PKR 2022 namun tewas tipis dengan 32 undi apabila mendapat 18,891 undi berbanding Fadhlina (18,923 undi).

PKR sebelum ini dilaporkan mengumumkan proses pencalonan dan pemilihan pucuk pimpinan pusat parti akan diadakan pada 8 dan 9 Mei ini.

Pengundian Pemilihan Peringkat Pusat dan Perasmian Kongres Nasional PKR 2024/2025 pula akan diadakan pada 23 Mei manakala Kongres Nasional PKR 2024/2025 pada 24 Mei ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN