RM203.45 juta laksana projek infrastruktur bomba Pahang 

KPKT peruntuk RM203.45 juta untuk projek pembangunan, infrastruktur di Pahang

AL-SULTAN Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah ( tengah) berkenan memberikan  tabik hormat sempena sambutan Hari Bomba Sedunia 2025 di  Padang MPK 1, Kuantan, Pahang, hari ini. - UTUSAN/ SHEIKH AHMAD RAZIF
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUANTAN: Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) memperuntukkan RM203.45 juta bagi pelaksanaan pelbagai projek pembangunan dan infrastruktur di negeri ini termasuk membabitkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang. 

Menterinya, Nga Kor Ming berkata, peruntukan itu mencerminkan komitmen kerajaan dalam memperkasa infrastruktur keselamatan awam demi kesejahteraan rakyat dan menjadikan JBPM sebagai barisan hadapan yang sentiasa bersedia menghadapi pelbagai risiko.

“Projek pembangunan ini merangkumi pembinaan semula dan ubah suai Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kuantan, naik taraf BBP Bentong, pembinaan BBP Sungai Lembing dan Benta, pembangunan BBP Gohtong Jaya melalui kerjasama Genting Malaysia serta kerja awalan bagi BBP Pulau Tioman,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucapannya sempena Sambutan Hari Anggota Bomba Sedunia 2025 yang disempurnakan Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah di Padang MBK 1, di sini hari ini.

Berangkat sama Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah dan Tengku Mahkota Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah. Turut hadir Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.

Sambutan bertemakan ‘Bomba Tonggak Penyelamatan Negara’ itu dimeriahkan dengan perarakan 34 kontinjen dan 50 buah jentera melibatkan lebih 1,500 anggota termasuk daripada Bomba Sukarela, Bomba TUDM, Bomba Pelabuhan Kuantan serta Petronas CEFS.

Kor Ming menzahirkan penghargaan terhadap anggota bomba yang sentiasa berkhidmat tanpa mengenal penat lelah  termasuk dalam insiden kebakaran saluran gas di Putra Heights, bulan lalu.

“Mereka ini wira tidak didendang. Sama ada banjir, kebakaran, kemalangan dan operasi penyelamatan gunung atau air, anggota JBPM sentiasa berada di barisan hadapan dengan keberanian luar biasa,” katanya.

Sementara itu, beliau berkata, Rang Undang-Undang (RUU) Akta Perkhidmatan Bomba (Pindaan) 2025 yang diluluskan Dewan Negara pada 23 Mac lalu kini sedang diperkenan oleh Yang di-Pertuan Agong.

Katanya, selepas diperkenan, RUU tersebut akan diwartakan dalam Warta Kerajaan dan seterusnya dikuatkuasakan bagi memberi nafas baharu kepada struktur tadbir urus serta penguatkuasaan JBPM.

Pindaan itu merangkumi aspek pengurusan dan kawal selia Pasukan Bomba Sukarela (PBS), Pasukan Kadet Bomba, Pasukan Bomba Persendirian, perunding serta firma keselamatan kebakaran.

“Ia juga melibatkan pengiktirafan individu kompeten, kontraktor, penyedia latihan berdaftar, pengajar, kelengkapan dan pepasangan keselamatan kebakaran yang perlu dipantau secara profesional,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya