Remaja 14 tahun lemas ketika memancing

Remaja 14 tahun lemas ketika memancing

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KEMAMAN : Seorang pelajar tingkatan dua Sekolah Menengah Kebangsaan Kijal, di sini, lemas ketika memancing di sungai berhampiran Kampung Padang Kemunting, Kijal, di sini, semalam.

Mangsa, Mohamad Shahrizuan Hafizi Mohamad Azli, 14,  disahkan meninggal dunia di Hospital Kemaman, kira-kira pukul 7.30 petang. 

Ketua Polis Daerah Kemaman, Superintenden Mohd. Razi Rosli berkata, sebelum kejadian, mangsa bersama empat rakannya berusia 11 tahun hingga 15 tahun keluar memancing di sungai itu kira-kira pukul 11 pagi. 

“Ketika sedang memancing, mata kail joran mangsa tersangkut pada kayu di dalam sungai. Mangsa kemudian turun ke dalam sungai untuk melepaskan mata kail yang tersangkut. Bagaimanapun, dia disedari lemas oleh rakan-rakannya yang bergegas meminta bantuan penduduk kampung,” katanya hari ini.

Mohd. Razi berkata,  salah seorang pendudu terjun ke dalam sungai untuk menyelamatkan mangsa sebelum diberi bantuan pernafasan (CPR) sementara menunggu pasukan penyelamat tiba.

“Mangsa kemudian dibawa ke Hospital Kemaman namun menghembuskan nafas terakhirnya kira-kira pukul 7.37 petang dan disahkan oleh pasukan perubatan,” katanya. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN