PETALING JAYA: Jabatan Penjara Malaysia sedang merangka pindaan Akta Pendaftaran Penjenayah dan Orang-Orang Yang Tidak Diingini 1969 (Akta 7) bagi membolehkan rekod jenayah bekas banduan digugurkan daripada dataraya selepas lima tahun. Langkah ini bertujuan membuka ruang kepada bekas banduan mencari pekerjaan dan membina semula kehidupan tanpa dibebani stigma rekod jenayah lampau yang selama ini menjadi halangan utama mereka. Begitupun, pengguguran rekod jenayah lampau dilakukan berdasarkan penilaian Jabatan Penjara dengan mengambil…










