KUANTAN: Terumbu karang Malaysia kini semakin pupus apabila hampir 80 peratus memutih dan mati akibat pelunturan melampau dengan 50.7 peratus terumbu terjejas manakala secara purata 34.1 peratus mati. Kemusnahan itu tidak sekadar melibatkan struktur laut, sebaliknya sumber ekosistem lautan termasuk kehidupan tempat asuhan benih ikan, pelindung pantai dan penyumbang utama oksigen dunia. Pemusnahan terumbu karang diibaratkan merobohkan ‘rahim kehidupan’ di laut. Khazanah negara ini menyumbang antara RM10.1 juta hingga RM174…