KUALA SELANGOR: Kerajaan Selangor bersedia menjadi orang tengah bagi menyelesaikan kebimbangan mangsa insiden letupan paip gas Putra Heights, Subang Jaya berhubung masalah tuntutan insurans yang dihadapi mereka. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, bagaimanapun ia masih perlu merujuk kepada polisi insurans yang dimiliki mereka berdasarkan persetujuan dan perjanjian di antara mangsa dan syarikat insurans. “Kerajaan negeri mungkin juga boleh membantu untuk menjadi mediator sebab itu (melibatkan) persetujuan dan perjanjian…










