PM rasmi RIBAT, HMLTV pertama buatan tempatan

PM rasmi RIBAT, HMLTV pertama buatan tempatan

ANWAR Ibrahim (dua kiri) melakukan gimik perasmian RIBAT-Kenderaan Taktikal Ringan Mobiliti Tinggi (HMLTV) pada Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA'25) di Pusat Pameran Antarabangsa Mahsuri (MIEC) di sini hari ini. Turut sama, Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (dua kanan) dan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor (kiri). - UTUSAN/FARIZ RUSADIO
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Kenderaan taktikal ringan mobiliti tinggi (HMLTV) pertama yang direka bentuk dan dibina sepenuhnya oleh syarikat tempatan iaitu RIBAT dirasmikan di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) di sini.

Pengarah Urusan Mildef International Technologies Sdn. Bhd. (Mildef), Datuk Seri Mohd Nizam Kasa berkata, RIBAT telah dirasmikan sendiri oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Kata beliau, kenderaan tersebut dinamakan RIBAT oleh Anwar yang membawa nilai simbolik tinggi iaitu merujuk kepada semangat berkawal tanah air berteraskan iman, patriotisme dan teknologi.

“Pelancaran RIBAT bukan sahaja mencerminkan keupayaan industri tempatan, malah menjadi manifestasi kejayaan dasar kerajaan dalam memperkasa ekosistem pertahanan yang berdikari dan berimpak tinggi.

“RIBAT merupakan hasil inovasi tempatan yang membuktikkan bahawa Malaysia bukan sahaja mampu menjadi pengguna sistem pertahanan tetapi pencipta teknologi strategik yang diyakini kerajaan dan komuniti global,” katanya.

Mengulas lanjut, Mohd Nizam berkata, RIBAT dibangunkan oleh jurutera tempatan dengan sokongan kemudahan kejuruteraan bertaraf industri di Seremban dan Sepang.

“Ia dilengkapi sistem perlindungan balistik modular dan direka untuk misi seperti rondaan, konvoi dan operasi khas.

“Lebih membanggakan, produk dan usaha Mildef turut meraih minat dan keyakinan antarabangsa apabila syarikat pertahanan utama Indonesia iaitu PT PINDAD turut menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) dengan Mildef.

“Kerjasama ini membuka peluang eksport, permindahan teknologi serta integrasi sistem kedua-dua negara serantau,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN