Loke jumpa PM, kekosongan menteri tidak dibincang

Loke jumpa PM, kekosongan menteri tidak dibincang

ANTHONY LOKE
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Menteri Pengangkutan, Anthony Loke mengesahkan bertemu dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini.

Bagaimanapun, katanya, pertemuan berlangsung sekitar 2 petang tadi itu tidak membincangkan isu kekosongan dua jawatan menteri.

“Ya. Ada perjumpaan dengan Perdana Menteri tadi, pada pukul 2 tadi,” katanya ketika ditemui selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Petugas Logistik Kebangsaan di sini, hari ini.

Ditanya sama ada perbincangan bagi mengisi dua kekosongan jawatan Menteri pada pertemuan itu, Loke berkata, isu itu tidak dibincangkan pada pertemuan itu.

“Saya tidak dimaklumkan ada perubahan menteri. Perdana Menteri kata Menteri Pengangkutan kekal,” katanya sambil berseloroh.

Sebelum ini, Anwar menjelaskan tiada sebarang rombakan Kabinet akan dilakukan dalam masa terdekat susulan pengunduran Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam Nik Nazmi Nik Ahmad.

Perdana Menteri berkata, perkara itu belum dapat diputuskan selagi kedua-dua menteri terbabit masih dalam tempoh cuti perkhidmatan mereka.

Semalam, Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan meletak jawatan sebagai menteri berkuat kuasa 17 Jun ini diikuti Ahli Parlimen Setiawangsa yang mengambil langkah sama berkuat kuasa 4 Julai depan.

Keputusan berkenaan susulan kegagalan mereka mempertahankan jawatan Timbalan Presiden dan Naib Presiden pada pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) 2025-2028 minggu lalu. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN