Pesakit strok nyaris rentung terperangkap kebakaran

Pesakit strok nyaris rentung terperangkap kebakaran

ABDULLAH Yaacob (kiri) yang terselamat dari terperangkap dalam kebakaran rumahnya ditenteramkan oleh pegawai bomba di Kampung Jejuluk, Banggu, Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROHANA MOHD.NAWI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pesakit strok nyaris rentung selepas terperangkap dalam kebakaran rumahnya di Kampung Jejuluk, Banggu, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 12.30 tengah hari itu, mangsa, Abdullah Yaacob, 72, yang tinggal seorang diri di dalam rumah itu pada awalnya terperangkap kerana tidak boleh berjalan untuk menyelamatkan diri.

Seorang penduduk, Raja Mamat Raja Yusoff, 57, berkata, dia yang sedang minum di sebuah kedai makan bergegas ke rumah mangsa sebelum cuba beberapa kali menendang pintu belakang rumah warga emas itu.

Katanya, usaha itu bagaimanapun tidak berhasil apabila salah satu daripada tiga penyelak pintu tidak tercabut.

“Saya menjerit meminta pertolongan jiran yang tinggal bersebelahan rumahnya untuk membantu menendang pintu belakang yang berkunci dari dalam.

“Saya sudah hampir berputus asa dan berserah kepada Allah SWT. Saya menangis kerana memikirkan nasib Abdullah sebelum salah seorang rakan meredah api dan mengusung mangsa keluar dari rumah itu,” katanya ketika ditemui pemberita di lokasi kejadian di sini hari ini.

Raja Mamat berkata, bahagian bumbung rumah berkenaan ranap dalam masa lima saat selepas warga emas itu dibawa keluar.

Sementara itu, Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Tumboh, Azman Mohamad Ghani berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kebakaran itu kira-kira pukul 12.55 tengah hari sebelum sepasukan anggota Balai Pasir Tumboh, Bachok dan Kota Bharu ke lokasi kejadian.

Katanya, api berjaya dikawal 10 minit kemudian dan punca kebakaran masih dalam siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya