Perubahan harga telur ayam akan berlaku selepas 1 Ogos

Perubahan harga telur ayam akan berlaku selepas 1 Ogos

SUBSIDI telur ayam akan ditamatkan sepenuhnya 1 Ogos. – UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Perubahan harga bagi telur ayam dijangka berlaku selepas 1 Ogos depan apabila kadar subsidi ditamatkan sepenuhnya.

Ketua Pengarah Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Azman Adam berkata, pihaknya mengharapkan perubahan harga yang positif akan berlaku apabila pengapungan harga telur ayam dilaksanakan.

“Apa yang berlaku selepas pada 1 Ogos nanti apabila harga subsidi dihapuskan sepenuhnya (dan) harga akan diapungkan. Masa itu baru akan berlaku perubahan harga, jika ada.

“Kita berharap perubahan harga itu adalah perubahan harga yang positif seperti mana kita laksanakan pada harga ayam. Apabila kita buat pengapungan harga ayam, harga ayam turun daripada harga pasaran semasa,” katanya ketika ditemui pemberita di sini hari ini.

Kelmarin, media melaporkan, kadar subsidi telur ayam dikurangkan kepada lima sen daripada 10 sen bermula esok dan seterusnya ditamatkan sepenuhnya mulai 1 Ogos ini.

Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) memaklumkan, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira komitmen pihak industri untuk memastikan pengeluaran telur ayam yang mencukupi dan terjamin berikutan kos pengeluaran sudah stabil.

Mengulas lanjut, Azman berkata, ketika ini harga kawalan telur ayam masih lagi sama walaupun kerajaan mengurangkan kadar subsidi sebanyak 5 sen.

Jelasnya lagi, langkah tersebut juga merupakan persetujuan yang dicapai dalam kalangan pihak industri sendiri.

“Sekarang harga (telur) masih sama, sekiranya ada pihak yang menaikkan harga (makanan) atas alasan subsidi dikurangkan 5 sen, lapor kepada pihak KPDN,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya