Persefahaman PKR-UMNO berhubung Tengku Zafrul telah dicapai

Persefahaman PKR-UMNO berhubung Tengku Zafrul telah dicapai

PKR
AMIRUDIN SHARI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GOMBAK: Hubungan antara Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan UMNO berhubung ‘perpindahan’ Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz tidak akan terjejas kerana berkemungkinan telah wujud persefahaman antara kedua-dua pihak.

Perkara itu dimaklumkan Naib Presiden PKR, Datuk Seri Amirudin Shari.

Katanya, beliau secara peribadi tiada sebarang masalah dengan penyertaan Ketua UMNO Bahagian Kota Raja itu.

“Saya percaya beberapa persefahaman boleh dicapai. Ataupun mungkin telah dicapai,” katanya dalam sidang akhbar selepas Majlis Penyerahan Lesen Memandu Program MyLesen B2 di sini, hari ini.

Hari ini, Utusan Malaysia melaporkan, PKR belum menerima permohonan rasmi daripada Tengku Zafrul untuk menyertai parti itu, selepas beliau mengumumkan keluar UMNO semalam.

Setiausaha Agung PKR, Dr. Fuziah Salleh berkata, semua permohonan keanggotaan parti dilakukan melalui kaedah memohon secara dalam talian.

Tambah Amirudin, penyertaan Tengku Zafrul dalam PKR akan memberi nilai tambah kepada parti, memandangkan beliau mempunyai rekod dan latar belakang luas melibatkan pelbagai portfolio kerajaan.

“Saya percaya kita boleh bekerjasama dengan lebih erat. Kebetulan saya memang turut bekerjasama erat dengan beliau. Hatta, dalam pentadbiran sebelum ini pun, sewaktu beliau Menteri Kewangan sebagai contoh, ada beberapa pertemuan, ada beberapa urusan yang telah kita jalankan.

“Dan sekarang, selaku Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, dalam bidang aeroangkasa sebagai contoh dan juga dalam bidang semikonduktor sebagai contoh, kita telah mempunyai satu kolaborasi yang jitu dengan Tengku Zafrul.

“Jadi, kalau beliau satu parti, saya percaya kerjasama itu akan jauh lebih baik,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN