Perempuan tidak akan tuntut cerai tanpa sebab - Zehra Zamri

Perempuan tidak akan tuntut cerai tanpa sebab – Zehra Zamri

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: “Saya tidak setuju. Setiap apa yang berlaku itu mesti ada sebab tertentu.”

Demikian kata penyanyi, Zehra Zamri yang menangkis tanggapan sesetengah pihak yang mendakwa wanita lebih ramai memfailkan perceraian ketika berdepan dengan masalah rumah tangga.

Menurut Zehra, dia percaya bahawa seorang wanita tidak akan sewenang-wenangnya memfailkan perceraian tanpa sebarang alasan yang munasabah.

“Sama ada perempuan nak cerita atau tidak, itu tergantung kepada setiap individu. Tapi saya tak bersetuju apabila ada yang menganggap perceraian itu berpunca daripada wanita yang menuntut cerai.

“Wanita tidak akan sewenang-wenangnya nak minta cerai. Mesti ada sebab yang kukuh, yang munasabah.

“Jadi, tak wajarlah untuk orang kata perempuan yang nak cerai itu adalah keputusan wanita,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Mengulas lanjut mengenai kemelut rumah tangganya bersama suami, Nur Mohd Iqwan Samsudin, penyanyi lagu Semalakama itu enggan memberi sebarang komen kerana tidak mahu mengganggu prosiding mahkamah yang sedang berlangsung.

“Peguam saya nasihatkan supaya tidak memberi sebarang kenyataan buat masa ni. Begitu juga dengan isu keganasan rumah tangga itu, tapi saya dah bagi sepenuhnya kerjasama.

“Saya yakin polis juga akan saya percaya pihak polis pun sedang menjalankan proses siasatan. Kita tengok sajalah macam mana. Tetapi setakat ini saya baik-baik saja,” tegasnya.

Pada 7 Mac lalu, Zehra memfailkan perceraian terhadap di Mahkamah Rendah Syariah Hulu Langat, Bandar Baru Bangi dan proses perbicaraan masih lagi berjalan.

Untuk info, penyanyi itu mendirikan rumah tangga dengan Nur Mohd Iqwan Samsudin pada 10 November 2021 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan iaitu Zahiyah Iqleela yang kini berusia tiga tahun.

Terdahulu, Zehra pernah berkahwin dengan Wan Muhammad Nurhariz Hariri Wan Mohd Effendi pada 14 Oktober 2017 namun ikatan itu hanya bertahan selama enam bulan sebelum bercerai pada April 2018.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN