SOM bincang isu Timor Leste

Penyertaan Timor Leste dalam ASEAN antara dibincang SOM

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin (enam dari kiri) bersama perwakilan yang menghadiri mesyuarat pegawai kanan (SOM) ASEAN di Kuala Lumpur, semalam. - BERNAMA
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN (SOM) semalam memberi tumpuan usaha memperkukuh gerak kerja ASEAN di bawah kepengerusian Malaysia sehingga akhir tahun ini, selain membincangkan isu berkaitan Timor Leste.

Ketua Setiausaha Kementerian Luar, Datuk Seri Amran Mohamed Zin berkata, isu lain dibincangkan termasuk berkaitan Zon Aman Tanpa Senjata Nuklear ASEAN dan langkah di bawah Forum Serantau ASEAN (ARF) bagi memperkukuh kerjasama antara negara serantau dan bukan ASEAN.

Katanya, mesyuarat turut menumpukan kepada pelarasan isu yang akan dipertimbang untuk mesyuarat peringkat Menteri ASEAN esok dan Ketua-Ke­tua Negara serta kerajaan pada Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 pada Isnin ini.

“Tumpuan hari ini pada peringkat pegawai kanan adalah kami selaraskan isu-isu yang akan diberi pertimbangan oleh peringkat menteri pada esok hari, peringkat negara dan ketua kerajaan semasa Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46 pada 26 Mei ini.

“Banyak isu yang dibincangkan dan ia lebih kepada perse­diaan, antaranya berkaitan Ti­mor Leste,” katanya ketika ditemui pemberita di luar me­syuarat berkenaan.

Sementara itu, Amran berkata, mesyuarat hari ini turut membincangkan persediaan me­syuarat peringkat pegawai kanan Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) pada Jun, membabitkan pegawai kanan ASEAN+3, selain mesyuarat pegawai kanan ARF.

“Banyak aspek yang kita beri tumpuan supaya apabila mesyuarat diadakan Jun nanti, ASEAN secara kolektifnya bersedia untuk merangka hala tuju mekanisme ASEAN berkenaan,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN