Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan rosak di bahu jalan

Penunggang motosikal maut rempuh kenderaan rosak di bahu jalan

KEADAAN kemalangan di Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah, Kuala Pilah tengah hari tadi. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA PILAH: Seorang tukang cuci maut selepas motosikal yang ditunggangnya merempuh sebuah kenderaan pelbagai guna (MPV) yang berada di bahu jalan dekat Kilometer 21, Jalan Seremban-Kuala Pilah, di sini, tengah hari tadi.

Ketua Polis Daerah Kuala Pilah, Superintenden Muhamad Mustafah Hussin berkata, dalam kejadian kira-kira pukul 12.40 tengah hari itu, mangsa iaitu lelaki berusia 31 tahun disahkan meninggal dunia oleh pasukan paramedik yang tiba di lokasi kejadian.

Menurutnya, berdasarkan siasatan kemalangan membabitkan sebuah MPV jenis Perodua Alza dipandu lelaki berusia 33 tahun dan sebuah motosikal jenis Yamaha 135LC ditunggang mangsa.

“Siasatan mendapati kemalangan berlaku apabila MPV dari arah Seremban hendak menghala ke Kuala Pilah. Apabila sampai di tempat kejadian, MPV mengalami kerosakan enjin lalu berhenti di bahu jalan lebih kurang 10 minit. 

“Tiba-tiba datang motosikal dari arah belakang telah melanggar bahagian sisi kiri MPV tersebut. Akibat daripada kemalangan tersebut, penunggang motorsikal disahkan maut di lokasi kejadian,” katanya kepada pemberita, di sini, hari ini.

Ujar Muhamad Mustafah lagi, kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ)1987 dan siasatan masih dijalankan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN