Peniaga raih untung RM9,700 tetapi rugi RM720,800

Peniaga raih untung RM9,700 tetapi rugi RM720,800

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Seorang peniaga kerugian RM720,800 selepas menjadi mangsa sindiket pelaburan saham dalam talian yang menjanjikan pulangan lumayan.

Timbalan Ketua Polis Daerah Seri Alam, Superintenden Victor Genason Peter berkata, mangsa lelaki tempatan berusia 58 tahun tertarik dengan iklan pelaburan di Facebook pada 25 Mac lalu yang menawarkan keuntungan sehingga 50 peratus dalam tempoh tiga bulan.

“Mangsa membuat 15 transaksi ke empat akaun berbeza berjumlah RM730,500 dari 25 Mac hingga 9 Mei lalu. 

“Dia hanya menerima pulangan RM9,700 sebelum diminta melabur lagi untuk mengeluarkan ‘keuntungan’,” katanya dalam kenyataan.

Mangsa menyedari dirinya ditipu dan membuat laporan polis.

Siasatan mendapati tiga daripada empat akaun terlibat pernah dilaporkan dalam 20 kes penipuan serupa. Kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN