Peniaga kosmetik dituduh edar dadah 1.015 kg

Peniaga kosmetik dituduh edar dadah 1.015 kg

ABDUL Rahman Mohamad Hussain yang dituduh mengedar dadah dibawa keluar dari Mahkamah Majistret Kuala Terengganu. - UTUSAN/PUQTRA HAIRRY ROSLI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA TERENGGANU:  Seorang peniaga kosmetik dihadapkan ke Mahkamah Majistret di sini, hari ini atas pertuduhan mengedar dadah jenis methamphetamine seberat 1.015 kilogram (kg) pada 28 April lalu.

Tertuduh,  Abdul Rahman Mohamad Hussain,  36, mengangguk faham selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Majistret Iffah Nabihah Mohd. Ishak. Bagaimanapun, tiada pengakuan direkodkan kerana kes tersebut berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Mengikut pertuduhan, lelaki itu didapati mengedar dadah berbahaya yang disyaki jenis methamphetamine seberat 1.015 kg di sebuah kedai di Pusat Niaga Paya Keladi di sini, pada pukul 8.40 malam, 28 April lalu.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan di bawah Seksyen 39(B)(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 yang boleh dihukum di bawah Seksyen 39B(2) akta yang sama.

Kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Ely Nazihah binti Ahmad Yunus dan Abdul Rahman tidak diwakili peguam. Iffah Nabihah menetapkan  21 Julai ini untuk sebutan semula kes. – UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN