Penggunaan bahan penghadang jalan bergantung kepada kesesuaian

Penggunaan bahan penghadang jalan bergantung kepada kesesuaian

Tol percuma
ALEXANDER Nanta Linggi
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

ARAU: Penggunaan bahan-bahan bagi pemasangan penghadang jalan raya di negara ini bergantung kepada kesesuaian sesuatu kawasan berdasarkan justifikasi teknikal bagi memenuhi standard ditetapkan. 

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, penggunaan sesuatu bahan baharu bagi pemasangan penghadang jalan itu perlu dikaji terlebih dahulu mengikut beberapa elemen di negara ini seperti faktor cuaca hujan, panas dan beberapa lagi.

Beliau berkata, Kementerian Kerja Raya (KKR) tidak pernah ketinggalan daripada segi penggunaan bahan-bahan terkini mengikut kepada perkembangan teknologi dan digital semasa. 

“Kita sentiasa ada program untuk melihat mana-mana bahan terbaharu untuk digunapakai ke atas penghadang jalan raya di negara ini. Apabila sesuatu bahan terbaharu itu diperkenalkan di pasaran, kita akan ambil sampel untuk tengok kesesuaian di negara ini,” katanya ketika ditemui pada majlis turun padang Menteri Kerja Raya Meninjau Projek Infrastruktur Perlis di sini hari ini. 

Alexander menjawab pertanyaan pemberita sama ada kementerian mempunyai perancangan untuk menukar penghadang jalan dari konkrit kepada bahan yang lebih menyerap hentakan dalam memenuhi standard keselamatan ditetapkan. 

Sebelum ini, timbul beberapa cadangan agar Kementerian Kerja Raya menggantikan bahan konkrit atau besi pada penghadang jalan raya yang berisiko mendorong kepada kemalangan maut. 

Mengulas lanjut, Alexander berkata, penggunaan sesuatu bahan bagi pemasangan penghadang jalan raya di negara ini adalah berbeza bergantung kepada kesesuaian lokasi dan kawasan tersebut. 

“Kita tak boleh pasang semua sebab ada sesetengah terpaksa guna bahan keras seperti penghadang konkrit, manakala di tepi lebuh raya pula kita juga ada menggunakan bahan besi, itu bergantung.

“Macam di Lebuh Raya Karak, kita ada gunakan roller barrier di kawasan bercerun dan itu menggunakan bahan komponen komposit,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya