Pengawalan stres, hipertensi perlu diberi perhatian serius

Pengawalan stres, hipertensi perlu diberi perhatian serius

DR. Zaini Hussin (kanan) meluangkan masa melakukan pemeriksaan kesihatan terhadap salah seorang pesakit terlantar semasa program Ziarah Kasih di KRT Bukit Gading, Tanah Merah, Kelantan. - UTUSAN/MUSTAQIM MOHAMED
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

TANAH MERAH: Penyakit hipertensi dan stres diklasifikasikan antara penyakit tidak berjangkit yang perlu diberikan perhatian serius oleh masyarakat.

Pengarah Jabatan Kesihatan Negeri Kelantan (JKNK), Datuk Dr. Zaini Hussin berkata, Tinjauan Kesihatan dan Morbiditi Kebangsaan (NHMS) pada 2023 mendapati, anggaran sejuta rakyat Malaysia atau 4.6 peratus yang berusia 16 tahun ke atas mengalami kemurungan.

Katanya, ia menunjukkan peningkatan sebanyak dua kali ganda berbanding 2019 dan sebanyak 3.9 peratus daripada jumlah tersebut merupakan prevalen kemurungan dalam kalangan warga bekerja.

“Data NHMS 2019 menunjukkan kadar prevalen kemurungan di Kelantan adalah 1.2 peratus, namun pengawalan stres tetap menjadi sesuatu yang perlu dilihat dan dikawal kerana turut menyumbang kepada peningkatan penyakit-penyakit tidak berjangkit di negeri ini.

“Kita lihat penyakit berkaitan stres dan hipertensi semakin menunjukkan peningkatan di Kelantan sehingga berlakunya kes-kes seperti cubaan bunuh diri dan sebagainya,” katanya ketika ditemui pemberita pada program Ziarah Kasih di Kawasan Rukun Tetangga (KRT) Bukit Gading, di sini hari ini.

Dr. Zaini memberitahu, Kementerian Kesihatan (KKM) turut menerima makluman daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bahawa 40,000 penjawat awam telah mengalami masalah berkaitan psikologi dan berisiko mengalami masalah kesihatan mental. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya