Penganggur berdepan hukuman mati, edar lebih 20 kg dadah

Penganggur berdepan hukuman mati, edar lebih 20 kg dadah

MUHAMMAD NUR HAZREQ Khairuddin didakwa atas tuduhan mengedar dadah di Mahkamah Majistret Batu Pahat, Johor.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang penganggur berdepan hukuman mati apabila didakwa mengedar lebih 20 kilogram (kg) dadah jenis methamphetamine di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Tertuduh, Muhammad Nur Hazreq Kairuddin, 36, hanya mengangguk faham sebaik pertuduhan dibacakan jurubahasa di hadapan Majistret Nurasidah A. Rahman dan tiada engakuan direkodkan daripada tertuduh memandangkan kes berkenaan berada di bawah bidang kuasa Mahkamah Tinggi.

Berdasarkan kertas pertuduhan, tertuduh didakwa mengedar methamphetamine seberat 20.712 kg yang dianggarkan bernilai RM662,784 di Jeti Minyak Beku, dekat sini pada 21 April lalu.

Dia didakwa di bawah Seksyen 39B (1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati atau penjara seumur hidup dan sekiranya tidak dihukum mati, hendaklah disebat tidak kurang 12 sebatan, jika sabit kesalahan.

Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Firdaus Ruslan manakala tertuduh tidak diwakili peguam bela dan mahkamah menetapkan 30 Jun depan sebagai tarikh sebutan semula kes serta serahan laporan kimia.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN