SUBANG JAYA: Ketelusan dalam pengurusan tuntutan insurans terus dipersoal mangsa letupan paip gas di Putra Heights apabila mendakwa wujud klausa berat sebelah dalam polisi yang lebih memihak kepada syarikat. Presiden Persatuan Penduduk Taman Topaz, Wong Lhu Yin berkata, terdapat syarat tertentu dalam polisi insurans memberi kelebihan kepada syarikat, sedangkan mangsa terpaksa menanggung beban kewangan dan psikologi. Katanya, lebih mengecewakan, penilai kerugian datang ke rumah mangsa hanya membuat pemerhatian sambil lewa…