Pencerobohan Cameron Highlands dipercayai menerusi ‘cara lain’

Pencerobohan Cameron Highlands dipercayai menerusi ‘cara lain’

A. DILIP MARTIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

CAMERON HIGHLANDS: Pen­cerobohan atau pembukaan tanah di Cameron Highlands masih berlaku dipercayai menerusi ‘cara lain.’

Presiden Persatuan Kese­daran Alam Sekitar Cameron Highlands (Reach), A. Dilip Martin berkata, sepatutnya pembukaan tanah baharu dan pencerobohan tidak lagi berlaku berdasarkan keputusan Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) ne­geri pada tahun 2008.

Mesyuarat Majlis Kerajaan (MMK) negeri pada tahun 2008 telah membekukan permohonan tanah baharu dan Lesen Pendudukan Sementara di tanah tinggi itu.

“Pencerobohan atau pembukaan tanah di sini sudah berlaku lama,mungkin lebih 20 hingga 30 tahun lalu.

“Sudah ada keputusan yang dibuat oleh kerajaan negeri pada tahun 2008 yang membekukan permohonan tanah baru dan LPS di tanah tinggi itu.

“Sepatutnya tiada lagi pembukaan tanah baharu tetapi Reach mendapati masih ada pembukaan tanah, ini yang menjadi persoalan,” katanya kepada Utusan Malaysia.

Beliau mengulas titah Sultan Pahang, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah semalam yang sekali lagi menzahirkan duka cita melihat kemusnahan alam sekitar di Cameron Highlands hingga Lembah Bertam kini jadi ‘hutan plastik.’

Menurutnya, memandang­kan kawasan yang diterokai sudah terlalu luas, Reach berpandangan ini bukan masa yang sesuai untuk melaksanakan operasi pencegahan pene­rokaan atau pencerobohan tanah.

Katanya, tindakan yang paling sesuai ketika ini ialah membuat pemeriksaan terhadap kawasan yang sudah dibuka dan memeriksa sama ada pemiliknya mematuhi syarat kelulusan permohonan atau sebaliknya.

“Pihak berkenaan kena periksa tanah yang sudah diluluskan. Kalau yang diluluskan itu 10 ekar, kena ikut keluasan yang diluluskan tapi kalau teroka lebih daripada 10 ekar, tanah yang lebih itu perlu diambil semula.

“Atau, jika tidak mahu menjejaskan mata pencarian mereka, tanah yang mereka terlebih teroka itu perlu dibayar kepada kerajaan,” katanya.

Beliau turut menjunjung titah Al-Sultan Abdullah supaya pencerobohan tanah di sini dinoktahkan dan setuju panda­ngan baginda sekitar di Cameron Highlands hingga Lembah Bertam kini jadi ‘hutan plastik.’

“Memang benar apa yang dizahirkan Tuanku. Kalau kita tengok dari udara, memang kebanyakan tempat di sini sudah tutup dengan plastik atau rumah hujan akibat aktiviti pertanian.

“Reach menjunjung titah baginda agar semua pihak di peringkat daerah lebih peka dan bertanggungjawab dengan melaporkan aktiviti haram kepada pihak berkuasa.

“Reach juga menyokong cadangan Tuanku agar satu kaedah baharu dikaji dan diper­kenalkan kepada kerajaan bagi menangani isu berkenaan secara lebih berkesan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN