PETALING JAYA: Jawatankuasa Pemilihan Pusat (JPP) menangguhkan proses Pencalonan Pemilihan 2025 peringkat pusat Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang dijadualkan ESOK pada 3 dan 4 Mei ini.
Pengerusinya, Dr. Zaliha Mustafa berkata, tarikh baharu bagi pencalonan peringkat pusat akan berlangsung pada 8 Mei, bermula pukul 12 pagi hingga 9 Mei, 11.59 malam.
Jelasnya, proses tersebut akan dilaksanakan sepenuhnya secara dalam talian.
“Individu yang berminat menawarkan diri menjadi calon Pemilihan Parti Peringkat Pusat boleh mengisi dan melengkapkan borang pencalonan melalui pautan https://pencalonanpusat.keadilanrakyat.org/,” katanya dalam kenyataan.-UTUSAN