Pempengaruh ditahan dipercayai hantar mesej lucah pada remaja

Pempengaruh ditahan dipercayai hantar mesej lucah pada remaja

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Polis menahan seorang pempengaruh yang dikenali sebagai CEO Batu bagi membantu siasatan berhubung dakwaan menghantar beberapa mesej berbaur lucah kepada remaja bawah umur berusia 14 tahun.

Difahamkan, lelaki berusia 22 tahun itu hadir menyerah diri di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak, semalam.
Lelaki itu akan ditahan reman hari ini, bagi membolehkan siasatan lanjut dijalankan.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Seksual, Wanita dan Kanak-kanak (D11) Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Senior Asisten Komisioner Siti Kamsiah Hassan mengesahkan menerima laporan mengenai kejadian itu.

“Ya, kami sudah siasat,” katanya ringkas ketika dihubungi hari ini.

Terdahulu, media melaporkan penyanyi dan pempengaruh, Caprice mendedahkan mengenai beberapa kiriman mesej yang didakwa berbaur lucah yang dihantar CEO Batu kepada remaja bawah umur.

Menerusi beberapa hantaran Caprice di ‘feed’ dan Instagram Story, dia dihubungi ibu kepada remaja terbabit yang meminta bantuannya selepas anaknya didakwa menjadi mangsa gangguan seksual pempengaruh itu.

Antara tangkap layar yang dikongsikan adalah kiriman mesej berserta gambar yang tidak senonoh dihantar oleh CEO Batu kepada anak wanita itu, kononnya dengan niat untuk menunjukkan parut kesan pembedahan.

Selain itu, CEO Batu turut mengirimkan satu lagi mesej memohon maaf kepada ibu remaja itu dan ingin berjumpa bagi menyelesaikan isu itu.- UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN