Pemilihan PKR pertarungan rakan-rakan setia - Anwar 

Pemilihan PKR pertarungan rakan-rakan setia – Anwar 

ANWAR IBRAHIM
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menyifatkan Pemilihan PKR 2025 sebagai simbol kekuatan dan pertarungan antara rakan-rakan setia.

Presiden PKR itu berkata, kesemua calon yang bertanding perlu disantuni dengan baik supaya semangat persaudaraan dalam kalangan ahli parti kekal utuh.

“Pemilihan ini antara rakan-rakan setia, yang banyak (daripadanya) tokoh reformasi.

“Oleh itu, kita kena jaga supaya tidak terlanjur kerana kita mahukan pemilihan ini untuk kita rangkul sebagai satu kekuatan,” katanya ketika ditemui pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Pimpinan Negeri (MPN) PKR Sabah, semalam. 

Anwar dalam pada itu turut menasihatkan setiap penyokong parti itu supaya tidak berlebih-lebihan dalam memberikan sokongan kepada individu yang bertanding kerana berisiko mengeruhkan keadaan. 

“Semangat persaudaraan dalam PKR perlu diperkukuh. Selesai sahaja Kongres Nasional PKR, kita perlu bekerja sebagai satu pasukan yang padu,” katanya.

Semasa mengadakan pertemuan bersama MPN di Tawau, Anwar turut memaklumkan kestabilan politik nasional dan negeri adalah keutamaan yang perlu diambil kira dan diteliti oleh semua pihak.

“Perbincangan perlu diadakan dalam mencari kesepakatan yang lebih luas dan mengambil sikap yang lebih terbuka bagi mencapai kestabilan politik negara.

“Tanpa kestabilan, segala usaha pembangunan dan kebajikan rakyat sukar untuk dilaksanakan secara berkesan dan berterusan,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN