Pemilihan Muhammad Farid sebagai KPD Serdang berdasarkan pengalaman - Hussein

Pemilihan Muhammad Farid sebagai KPD Serdang berdasarkan pengalaman – Hussein

HUSSEIN OMAR KHAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

SERDANG: Pemilihan Asisten Komisioner Muhamad Farid Ahmad sebagai Ketua Polis Daerah (KPD) Serdang yang baharu berkuat kuasa hari ini adalah tepat berdasarkan pengalaman luas dan kebolehan beliau.

Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan berkata, selain satu amanah dan tanggungjawab besar yang perlu dipikul, menjadi harapan PDRM melihat penambahbaikan yang boleh dilakukan dalam kontinjen Serdang.

“Saya percaya perubahan positif boleh dilakukan dengan mengenalpasti kekuatan dan kelemahan dalam pasukan.

“Jangan leka dengan kedudukan diperoleh, sebaliknya berusaha memakmurkan IPD Serdang dan memberi perkhidmatan terbaik kepada masyarakat,” katanya dalam ucapan selepas menyaksikan Majlis Serah Terima Tugas di IPD Serdang di sini hari ini.

Muhammad Farid sebelum ini bertugas sebagai Pegawai Turus D9 di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor mengambil alih tugas daripada pemangku jawatan tersebut, Superintenden Shahnaz Akhtar Haji.

Muhamad Farid kini akan bergandingan dengan Shahnaz yang dilantik sebagai timbalannya di IPD Serdang.

Terdahulu dalam majlis sama, Hussein menzahirkan penghormatan kepada sembilan anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) yang terkorban dalam kemalangan di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan, Perak.

Kata beliau, kesemua mangsa adalah wira Polis Diraja Malaysia (PDRM) kerana bertugas tanpa mempersoal sebarang arahan diberikan.

Menurut beliau, kesemuanya menjalankan tugas demi kesejahteraan masyarakat dan keamanan negara.

“Pemergian mereka yang terkorban ini merupakan satu kerugian kepada PDRM.

“Saya mengucapkan salam takziah kepada seluruh ahli keluarga mangsa dan tabah menghadapi ujian ini,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN