Pembantu kedai makan tidak mengaku rogol remaja 14 tahun

Pembantu kedai makan tidak mengaku rogol remaja 14 tahun

WAN Izzuddin Wan Hasim (kiri) semasa tiba untuk prosiding pendakwaan di Mahkamah Sesyen Kota Bharu, Kelantan. - UTUSAN/ROSALWANI CHE SOH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KOTA BHARU: Seorang pembantu kedai makan mengaku tidak bersalah Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan merogol remaja berusia 14 tahun di dalam sebuah bilik, di sini,  Januari lalu.

Wan Izzuddin Wan Hasim, 21, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Ahmad Bazli Bahruddin

Mengikut pertuduhan, tertuduh didakwa merogol seorang remaja perempuan berusia 14 tahun empat bulan ketika kejadian di sebuah bilik di Padang Sri Paduka,  kira-kira pukul 3 pagi pada 24 Januari lalu.

Tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebat jika sabit kesalahan. Pendakwaan dikendalikan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Ahmad Faiz Fitri Mohamad dan tertuduh diwakili peguam, Ahmad Nurie Abd. Rahman.

Terdahulu, Ahmad Faiz mencadangkan agar jaminan tidak ditawarkan terhadap tertuduh. Ahmad Nurie dalam rayuannya memohon jaminan diberikan terhadap anak guamnya yang bekerja sebagai pembantu kedai makan dengan pendapatan sebanyak RM1,000 sebulan.

“Kedua-dua ibu bapa tertuduh juga meminjam wang daripada saudara-mara untuk membayar jaminan hari ini. Jadi, saya memohon pertimbangan dan budi bicara mahkamah supaya membenarkan ikat jamin ditawarkan kepada tertuduh,” katanya.

Mahkamah menawarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin selain menetapkan syarat tambahan iaitu tertuduh dilarang menganggu saksi dan perlu melapor diri di balai polis berdekatan setiap bulan.

Mahkamah menetapkan 30 Jun ini untuk sebutan semula kes dan tertuduh membayar ikat jamin tersebut. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN