Pemandu lori dan kelindan positif dadah

Pemandu lori dan kelindan positif dadah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Pemandu dan kelindan sebuah lori dicekup selepas dikesan positif dadah jenis methamphetamine dalam Operasi Khas Pengarah (Lebih Muatan) dijalankan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) di sini, awal pagi tadi.

Timbalan Pengarah JPJ Melaka, Khairul Aswad Abdul Halim berkata, kedua-dua lelaki yang berusia dalam lingkungan 40-an dan 20-an itu ketika ditahan sedang mengendalikan kenderaan perkhidmatan barangan (KPB).

“Hasil saringan awal air kencing mendapati mereka positif dadah jenis methamphetamine.

“Kedua-duanya kemudian diserahkan kepada Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) untuk tindakan lanjut,” katanya.

Menurutnya, operasi bersepadu itu dijalankan bermula pukul 10 malam Jumaat lalu hingga 9 pagi tadi di beberapa lokasi sekitar Melaka.

“Sebanyak 89 buah kenderaan telah diperiksa sepanjang operasi berlangsung. Daripada jumlah itu, 21 kenderaan diarahkan menjalani penimbangan dan 19 daripadanya dikesan membawa lebih muatan,” katanya.

Katanya, secara keseluruhan sebanyak 43 notis dikeluarkan atas pelbagai kesalahan berkaitan peraturan jalan raya.

“Terdapat juga sebuah lori yang gagal hadir ke lokasi timbang sebagaimana diarahkan pihak berkuasa. Notis di bawah Seksyen 63 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 akan dikeluarkan melalui pos berdaftar kepada pemandu terlibat,” ujarnya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya