Pekerja Myanmar maut, tersepit dalam mesin pam pasir

Pekerja Myanmar maut, tersepit dalam mesin pam pasir

ANGGOTA bomba sedang mengeluarkan mangsa yang tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak pembinaan di Pulau Gadong, Melaka.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang pekerja binaan warga Myanmar maut selepas tersepit dalam mesin pam pasir di sebuah tapak projek perumahan di Pulau Gadong di sini, hari ini.

Komander Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Melaka Tengah, Pegawai Bomba Kanan I Mohd. Ismail Harun berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan kira-kira pukul 11.56 pagi.

Katanya, sepasukan tujuh anggota bersama sebuah jentera dan van Perkhidmatan Penyelamat Perubatan Kecemasan (EMRS) dikejarkan ke lokasi bagi operasi menyelamat.

“Anggota bomba tiba kira-kira pukul 12.06 tengah hari dan mendapati seorang pekerja lelaki berusia 26 tahun warga Myanmar didapati tersepit dalam mesin pam pasir serta disahkan meninggal dunia di tempat kejadian,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN