Pekerja ECRL maut akibat serangan jantung, bukan jatuh gerabak

Pekerja ECRL maut akibat serangan jantung, bukan jatuh gerabak

PEKERJA projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang maut akibat serangan jantung semasa menarik wayar elektrik di Kampung Permatang Sungkai, Pasir Puteh, Kelantan.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PASIR PUTEH: Kematian seorang pekerja pembinaan di kawasan landasan Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) di Kampung Permatang Sungkai di sini, kelmarin bukan berpunca daripada mangsa terjatuh dari gerabak kereta api.

Ketua Polis Daerah Pasir Puteh, Superintenden Zaizul Zakaria berkata, siasatan awal mendapati, mangsa rebah di lokasi kejadian akibat serangan jantung semasa sedang menjalankan kerja-kerja menarik wayar elektrik.

Justeru, katanya, polis menyangkal dakwaan lelaki itu terjatuh dari kereta api seperti yang ditularkan dalam media sosial.

“Kejadian berlaku semasa mangsa bekerja di lokasi kejadian dan tidak melibatkan sebarang kecederaan terhadap mangsa atau kes jenayah. Mangsa sebenarnya sakit jantung dan dakwaan jatuh dari kereta api adalah tidak benar. Jadi, maklumat yang disebarkan dalam media sosial tidak tepat,” katanya hari ini. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN