PBAKL 2025: Warga pendidik perlu patuhi SGM2.0 - Fadhlina

PBAKL 2025: Warga pendidik perlu patuhi SGM2.0 – Fadhlina

FADHLINA SIDEK
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Warga pendidik perlu mematuhi Standard Guru Malaysia 2.0 (SGM 2.0) yang menekankan aspek integriti dan etika, selaras tanggungjawab mereka sebagai penjawat awam.

Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek berkata, SGM 2.0 perlu sentiasa dijadikan panduan utama warga pendidik, bukan sahaja di dalam atau luar bilik darjah, malah ketika menggunakan media sosial.

Beliau berkata, walaupun warga pendidik mempunyai ruang dan hak untuk menyuarakan pandangan, ia perlu dilakukan secara beradab dan dalam saluran yang sesuai.

“Apa pun isunya, saya yakin dan percaya bahawa ada ruang yang lebih selamat, lebih bersifat privasi untuk memastikan bahawa apa sahaja perbincangan dan isu itu dapat diselesaikan secara baik.

“Saya juga amanahkan Ketua Pengarah untuk melihat perkara ini dan sentiasa mengingatkan guru-guru kita tentang integriti dan etika mereka, baik di dalam kelas, di luar kelas mahupun di media sosial,” katanya selepas Majlis Pelancaran dan Simbolik Penyerahan Koleksi Komik Wira Anti Rasuah, di Pusat Dagangan Dunia (WTC), di sini, hari ini.

Mengulas video tular melibatkan seorang pelajar `dikepung’ dan dimarahi beberapa orang guru, Fadhlina berkata, warga pendidik perlu lebih berhati-hati dalam penggunaan media sosial agar tidak menjejaskan kredibiliti institusi pendidikan.

“Rakaman yang ditularkan memberi impak besar terhadap masyakarat. Namun, perkara ini masih di dalam siasatan.

“Saya ambil tanggungjawab sepenuhnya untuk beri tumpuan kepada isu ini supaya kita dapat terus mengingatkan semua tentang integriti dan etika guru,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN