Pantai Port Dickson perlu diwarta kawasan pendaratan penyu

Pantai Port Dickson perlu diwarta kawasan pendaratan penyu

Pantai di daerah ini perlu diwartakan sebagai kawasan pendaratan penyu.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PORT DICKSON: Pantai di daerah ini perlu diwartakan sebagai kawasan pendaratan penyu.

Exco Kanan Negeri Sembilan, Datuk Seri Jalaluddin Alias berkata, kerajaan negeri akan mengadakan perbincangan dengan Jabatan Perikanan mengenai cadangan itu yang dilihat mampu meningkatkan lagi kehadiran pelancong ke pantai peranginan di sini.

“Sebenarnya boleh dikatakan pantai Port Dickson ini sebagai pusat pendaratan penyu bertelur tetapi ia tidak dibuka kepada orang awam.

“Tetapi dalam perkara ini, saya akan berbincang dengan Jabatan Perikanani bagaimana boleh merancakkan lagi kawasan dan lokasi di sepanjang pantai Port Dickson ini dengan digazetkan sebagai kawasan pendaratan penyu untuk bertelur.

“Ia supaya kita ada aset dan mungkin pada masa akan datang menjadi salah satu produk pelancongan yang boleh dikunjungi,” katanya pada Program Pemuliharaan Biodiversiti Marin di Pantai Tanjung Biru di sini, hari ini.

Tambah Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian, Keterjamina Makanan dan Kos Sara Hidup negeri itu, pantai Port Dickson berpotensi menjadi lokasi pendaratan penyu bertelur namun beberapa perkara penting perlu diambil perhatian dalam memastikan habitat tersebut kekal sesuai dan selamat untuk haiwan itu.

Tambah beliau, kaedah yang betul perlu diambil kira kerana jika tidak sesuai untuk penyu ia akan merencatkan proses peneluran terbabit.

” Kita tidak mahu nanti penyu-penyu yang mendarat di kawasan perairan Port Dickson terencat dan terganggu semasa melakukan proses peneluran.

“Ada potensi tetapi kita kena menggunakan kaedah yang betul, kalau kaedah tidak sesuai untuk penyu ini ia akan merencatkan proses peneluran dan akhirnya tidak akan ada penyu mendarat di pantai Port Dickson. Ini yang kita mahu jaga,”katanya.

Ujar beliau, setakat ini terdapat lapan sarang penyu bertelur ditempatkan di sepanjang pantai Port Dickson dan sebanyak 991 telur penyu telah dieramkan.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya