Pantai Barat Semenanjung Malaysia rasai gegaran gempa bumi

Pantai Barat Semenanjung Malaysia turut rasai gegaran gempa bumi Utara Sumatera

Pantai Barat Semenanjung Malaysia turut rasai gegaran gempa bumi Utara Sumatera.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Malaysia turut merasai gegaran susulan gempa bumi sederhana yang berlaku di Utara Sumatera, Indonesia pada pukul 4.57 petang, hari ini.

Jabatan Meteorologi Malaysia (Met Malaysia) dalam kenyataan berkata, kejadian gempa berukuran magnitud 5.9 itu berlaku pada jarak 107 kilometer (km) dari Meulaboh, Indonesia dengan kedalaman 74 km.

“Gegaran dirasai di kebanyakan kawasan di Pantai Barat Semenanjung Malaysia. Jabatan Meteorologi Malaysia akan terus memantau keadaan ini,” katanya.

Bagaimanapun, jelas agensi tersebut, tiada ancaman tsunami kepada Malaysia selepas gempa bumi berkenaan.

Sementara itu, pemerhatian Utusan Malaysia mendapati banyak pengguna media sosial turut berkongsikan pengalaman merasai kesan gegaran tersebut.

“Kerusi dan meja di tempat kerja kami bergoyang. Pening kejap, rasa macam diawangan,” tulis pengguna Facebook, Shuhaila Ai

Beberapa pengguna media sosial yang berada  di Putrajaya, Kuala Selangor, Sungai Besi, Sekinchan dan Pulau Pinang turut menceritakan pengalaman sama.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN