Pahang lancar empat buku eksklusif di PBAKL - Utusan Malaysia

Pahang lancar empat buku eksklusif di PBAKL

WAN Rosdy Wan Ismai ketika melawat reruai Pristine Pahang pada majlis perasmian Koleksi Buku Eksklusif Negeri Pahang dan Pristine Pahang di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur hari ini.-UTUSAN/SYAKIR RADIN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Negeri Pahang mencipta sejarah apabila buat pertama kali secara rasminya menyertai Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2025 di sini.

Lebih menarik, empat buah buku eksklusif yang menampilkan keunikan dan keindahan negeri Pahang turut dilancarkan.

Keempat-empat buku yang dilancarkan adalah bertajuk Pahang, Faces of the Forest; Orang Asal, Dancers Among the Trees; The Colors of Arboretum Tunku Perak Sultan Haji Ahmad Shah dan Sketch Pekan Lipis, Bandar Warisan.

Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail berkata, pelancaran keempat-empat buku eksklusif itu mencerminkan pelbagai sisi keindahan dan keunikan negeri yang dihasilkan melalui kerjasama tiga jabatan berbeza.

“Buat julung-julung kalinya, Pahang secara rasmi terlibat di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur dengan kehadiran pengunjung yang mencecah dua juta orang.Kita sedang mencipta sejarah bersama,” katanya .

Beliau berkata demikian ketika berucap semasa merasmikan Majlis Pelancaran Koleksi Buku Eksklusif Negeri Pahang dan Prestine Pahang sempena PBAKL 2025r di sini hari ini.

Tambah Wan Rosdy berkata, Jabatan Perhutanan Negeri Pahang juga akan terus menghasilkan buku bertaraf dunia.

“Jabatan Orang Asli telah membawa nafas kreativiti baru dalam mengetengahkan khazanah kehidupan Orang Ssli melalui judul kedua mereka, Orang Asal, Dancers Among the Trees.

“Melalui buku itu, kita dapat lihat komitmen mereka dengan membawa sendiri produk-produk komuniti Orang Asli untuk jualan serta pameran,” katanya.

Menurut beliau lagi, buku ‘Sketch Pekan Lipis’ amat dekat di hatinya kerana Lipis merupakan tempat kelahirannya di Kampung Tanjung Gahar pada 1958.

“Buku ini merupakan satu usaha dokumentasi visual yang sangat bermakna menampilkan naratif sejarah dan identiti Pekan Lipis melalui seni kreatif yang sarat nilai budaya dan estetiknya,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN