Op Mega:  13 individu ditahan, 15 premis diserbu di Terengganu

Op Mega:  13 individu ditahan, 15 premis diserbu di Terengganu

ANGGOTA polis melakukan pemeriksaan di sebuah premis menerusi Op Mega di Dungun dan Kemaman, Terengganu. - IHSAN POLIS
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

DUNGUN : Polis menyerbu 15 buah bengkel kereta dan menahan 13 individu menerusi Op Mega di daerah ini dan Kemaman, semalam. 

Ketua Polis Terengganu, Datuk Mohd. Khairi Khairudin berkata, operasi serentak itu dilakukan hasil maklumat risikan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan di bawah Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1995, Akta Peniaga Sekendhend 1946 dan Akta Imigresen 1959/63.

“Dalam serbuan itu, seramai 22 lelaki diperiksa melibatkan pelbagai bangsa Melayu, Cina, warganegara Myanmar dan Bangladesh. Daripada jumlah ini, seramai 13 individu ditahan di bawah Seksyen Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil, Akta Peniaga Sekendhend dan Akta Imigresen. 

“Sebanyak tiga notis atau saman dikeluarkan atas kesalahan tiada lesen perniagaan dan sampel minyak terpakai telah diambil oleh Pegawai Penguatkuasa Alam Sekitar untuk dihantar ke makmal dan disiasat di bawah Seksyen 31 Akta Kualiti Alam Sekeliling 1974,” katanya dalam hari ini. 

Mohd. Khairi berkata, beberapa barangan lain turut dirampas termasuk keratan kabel, buku daftar jual beli, alat penimbang, besi buruk, gegelung dawai tembaga, grinder, dan enjin motosikal. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN