Nurul Izzah cabar Rafizi

Nurul Izzah cabar Rafizi jawatan Timbalan Presiden PKR

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Datuk Seri Rafizi Ramli mengemukakan pencalonan bagi jawatan Timbalan Presiden PKR sekaligus memberi tentangan sengit kepada Nurul Izzah Anwar bagi sesi pemilihan kali ini.  

Rafizi yang menyandang jawatan itu sejak 2022 sedia berhadapan Nurul Izzah yang kini mendapat sokongan ramai pimpinan tertinggi dan peringkat cabang bagi mempertahankan jawatan nombor dua parti itu.

Terdahulu, Nurul Izzah juga mengemukakan borang pencalonan Timbalan Presiden PKR.

Sebelum ini, jawatan itu dimenangi oleh Rafizi setelah menewaskan bekas Setiausaha Agung PKR, Saifuddin Nasution Ismail. 

Beberapa hari lalu, Menteri Ekonomi itu mengalu-alukan calon lain untuk turut bertanding jawatan itu dalam pemilihan kali ini demi memperkuatkan parti.

Menurut Rafizi, sekiranya jawatan pemimpin nombor dua dalam PKR dapat dikekalkan, maka peranan beliau dalam parti dan kerajaan dapat diteruskan.

Seandainya tidak dipilih, beliau tekad untuk kembali sebagai pemimpin akar umbi yang akan terus lincah berkempen di peringkat bawah. 

Pencalonan Pemilihan PKR 2025 bagi peringkat Majlis Pimpinan Pusat (MPP), AMK Pusat dan Wanita Pusat akan berakhir pada pukul 11.59 malam ini. 

Kongres Nasional 2025 dijadualkan berlangsung pada 24 Mei ini, di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor Bahru (Persada).

Kongres Nasional akan berlangsung secara fizikal dengan kehadiran lebih 10,000 perwakilan dari seluruh negara, manakala lebih 20,000 perwakilan akan terlibat dalam proses pemilihan secara dalam talian.

Sementara itu, Kongres AMK dan Wanita PKR akan diadakan pada 22 Mei, manakala pemilihan pusat dijadualkan pada 23 Mei.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN