NFA Faisal Halim : Titik hitam sukan negara

NFA Faisal Halim : Titik hitam sukan negara

doktor
AFNAN HAMIMI TAIB AZAMUDDEN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA:  Kes serangan simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim yang diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA) disifatkan sebagai satu titik hitam dalam arena sukan di negara ini .

Ketua Pemuda Pas Afnan Hamimi Taib Azamudden berkata, keputusan tersebut bukan sahaja mengejutkan rakyat Malaysia, malah menggambarkan situasi keselamatan awam yang membimbangkan.

“Pihak berkuasa mesti bertindak menurut neraca keadilan. Adalah menjadi tanggungjawab negara memberi jaminan keselamatan kepada rakyatnya, tanpa mengira siapa dan apakah latar belakangnya.

“Polis Diraja Malaysia (PDRM) serta Jabatan Peguam Negara (AGC) mesti membentangkan kepada rakyat mengenai asas kepada keputusan NFA yang dikeluarkan bagi mengelakkan kepercayaan dan keyakinan rakyat terhakis terhadap pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini. 

Beliau mengulas kes serangan simbah asid ke atas pemain bola sepak kebangsaan, Faisal Halim setahun lalu diklasifikasikan sebagai tiada tindakan lanjut (NFA).

Perkembangan itu disahkan peguam yang mewakili pemain itu, Nik Zarith Nik Moustpha dalam satu sidang media di Kajang hari ini.

Dalam pada itu, Afnan Hamimi  berharap pihak berkuasa tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan susulan jika kerajaan tidak memandang serius perkara ini.

“Jangan sampai rakyat mengalami defisit kepercayaan kepada pihak berkuasa, hanya kerana kegagalan dan sikap sambil lewa kerajaan dalam menjamin dan memastikan keselamatan warganya,” jelasnya.  – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN