Nelayan maut, isteri parah motosikal bertembung

Nelayan maut, isteri parah motosikal bertembung

SHAHRULANUAR MUSHADDAT ABDULLAH SANI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BATU PAHAT: Seorang nelayan maut manakala isterinya dan seorang remaja parah dalam nahas membabitkan dua buah motosikal di Jalan Parit Karjo, malam tadi.

Ketua Polis Daerah Batu Pahat, Asisten Komisioner Shahrulanuar Mushaddat Abdullah Sani berkata, dalam kejadian pukul 8.30 malam itu,  Safuan Othman, 47, yang menaiki motosikal bersama-sama isterinya berusia 46 tahun maut di lokasi kejadian.

Siasatan awal mendapati kejadian berlaku ketika Safuan dan isterinya dalam perjalanan dari Pekan Senggarang ke menuju ke Kluang melalui Jalan Parit Karjo.

“Sebaik tiba di lokasi kejadian, sebuah motosikal yang ditunggang seorang remaja lelaki berusia 19 tahun secara tiba-tiba memasuki laluannya menyebabkan berlaku pertembungan antara dua buah motosikal itu.

“Akibat pertembungan itu, Safuan mengalami kecederaan parah di kepala dan beberapa bahagian badan sebelum disahkan meninggal dunia di lokasi kemalangan,” katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Isteri Safuan dan remaja lelaki berkenaan turut mengalami kecederaan parah pada bahagian kepala serta beberapa bahagian badan dan kini di rawat di Hospital Sultanah Nora Ismail.

Kes  disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN