Nahas FRU: Kementerian Komunikasi sedia sekat berita palsu, jaga sensitiviti keluarga

Nahas Trak FRU: Kementerian Komunikasi sedia sekat berita palsu, jaga sensitiviti keluarga

fru
KEADAAN kemalangan melibatkan trak FRU dan lori di Jalan Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini. - UTUSAN
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PUTRAJAYA: Kementerian Komunikasi bersedia memberi kerjasama kepada pihak berkuasa dan media dalam menyampaikan maklumat sahih berhubung insiden maut melibatkan anggota Pasukan Simpanan Polis Persekutuan (FRU) di Jalan Chikus-Sungai Lampam, Teluk Intan hari ini.

Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil berkata, pihaknya juga bersedia menyekat penyebaran berita palsu demi menjaga sensitiviti keluarga mangsa dan menghormati proses siasatan yang dijalankan.

“Saya mewakili seluruh warga Kementerian Komunikasi menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga mangsa yang terkorban dalam insiden tragis melibatkan FRU di Jalan Chikus, Sungai Lampan, Teluk Intan.

“Pemergian sembilan anggota FRU dalam nahas tersebut merupakan satu kehilangan besar, bukan sahaja kepada keluarga dan rakan seperjuangan, tetapi kepada negara yang menghargai jasa dan pengorbanan anggota keselamatan kita,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Katanya, anggota FRU adalah wira negara yang sentiasa bersedia berada di barisan hadapan demi menjamin keselamatan dan ketenteraman awam.

“Tragedi ini amat menyentuh hati dan memberi kesan mendalam kepada seluruh rakyat Malaysia.

“Saya mendoakan agar roh mangsa yang terkorban dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan para solihin,” katanya.

Fahmi turut mendoakan agar kesemua anggota yang cedera dalam kejadian itu diberikan kesembuhan segera dan dipermudahkan segala urusan rawatan mereka. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN