Nafi bedah telinga, Riena Diana dedah guna pelekat khas - Utusan Malaysia

Nafi bedah telinga, Riena Diana dedah guna pelekat khas

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: “Mana ada saya bedah, saya pakai gam sahaja. Tunggu ye, sekejap lagi magis akan berlaku.”

Demikian kata pelakon, Riena Diana sekali gus meleraikan spekulasi dalam kalangan netizen yang mendakwa dirinya membuat pembedahan telinga agar tidak kelihatan capang.

Menerusi sebuah hantaran di TikTok, Riena juga membuat demonstrasi dirinya memakai pelekat khas pada bahagian telinganya supaya tidak kelihatan terlalu menonjol.

“Orang sibuk cakap saya buat pembedahan telinga. Nampak perubahan dulu dan sekarang.

“Ada yang menuduh saya, ‘telinga dulu bukan ke capang? Artiskan, mesti pergi buat operasi,” katanya dalam hantaran TikTok.

Kagum melihat kesan lekatan gam tersebut, rata-rata netizen tetap memuji kecantikannya yang semula jadi meskipun tidak mengenakan pelekat khas itu.

“Bukan capang itu, tapi telinga besar sikit. Dari dulu saya perasan tapi comel,” tulis seorang peminatnya.

“Habislah siapa yang fitnah itu. Diana, anak saya pun capang tetapi tetap cantik dan lawa, itu dah semula jadi,” kata netizen.

“Orang kalau dah cantik, capang pun tetap cantik,” puji seorang lagi netizen.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN