MPKL peruntuk  RM4.5 bina krematorium moden

MPKL peruntuk  RM4.5 bina krematorium moden

NG Sze Han (tiga dari kiri) dalam Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Moden Kuala Langat, Quayside Mall. -UTUSAN/AFIQ RAZALI
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LANGAT: Majlis Perbandaran Kuala Langat (MPKL) memperuntuk dana sebanyak RM4.5 juta untuk membangunkan krematorium moden di Jalan Serdang Belah, Kampung Sungai Buaya pada hujung tahun ini.

Pengerusi Bersama Jawatankuasa Hal Ehwal Selain Islam (LIMAS), Ng Sze Han berkata, projek berkeluasan 0.4 hektar itu dijangka siap dalam tempoh 18 bulan sekali gus memberi manfaat besar kepada masyarakat dalam kalangan bukan beragama Islam.

“Krematorium ini akan dilengkapi dengan tiga unit tempat pembakaran yang dibina menggunakan teknologi moden menekankan kecekapan operasi, keselamatan pengguna dan pemeliharaan alam sekitar.

“Bangunan ini juga mempunyai pelbagai fasiliti sokongan untuk keselesaan pengguna, antaranya tempat parkir kenderaan yang mampu menampung tiga bas, 25 kereta dan 30 motosikal,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pecah Tanah Pembinaan Krematorium Moden di Kuala Langat di Quayside Mall di sini hari ini. 

Katanya lagi, kemudahan tambahan yang disediakan adalah pondok pengawal, pejabat pentadbiran, ruangan upacara, serta tandas awam dan kemudahan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).

“Projek ini dirangka dengan teliti bagi memenuhi keperluan komuniti bukan Islam di Kuala Langat semakin meningkat selaras dengan dasar pembangunan inklusif, seimbang dan berterusan. Kita yakin projek ini menyumbang kepada peningkatan kualiti hidup penduduk di samping menyediakan perkhidmatan bersepadu dan mesra rakyat,” ujarnya.-UTUSAN

 

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN