Mekanik didakwa raba anak asuhan ibu

Mekanik didakwa raba anak asuhan ibu

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

MELAKA: Seorang mekanik dihadapkan ke Mahkamah Sesyen di sini, hari ini atas pertuduhan mencabul seorang kanak-kanak perempuan berusia 11 tahun yang juga anak asuhan kepada ibunya.

Tertuduh, Musizuddin Mohamad, 28, mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Haderiah Siri.

Mengikut pertuduhan, dia didakwa melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa di sebuah rumah di Batang Tiga, Tanjung Kling dalam daerah Melaka Tengah kira-kira pukul 7 pagi pada Februari 2024.

Kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 14 (a) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan jika sabit kesalahan.

Timbalan Pendakwa Raya, Wan Abdullah Mohd. Rodzlad mencadangkan jaminan RM20,000 dengan syarat tertuduh tidak mengganggu mangsa dan saksi, melapor diri di balai polis berhampiran setiap bulan serta menyerahkan pasport kepada mahkamah, jika ada.

Peguam Umar Zulkarnain merayu jumlah jaminan direndahkan atas alasan anak guamnya masih bujang dan bekerja sebagai mekanik.

Mahkamah membenarkan jaminan RM8,000 dengan seorang penjamin dan memerintahkan semua syarat tambahan dipatuhi. Kes ditetapkan untuk sebutan semula pada 9 Jun ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia melaporkan, tertuduh direman tujuh hari selepas dipercayai mencabul mangsa sejak berusia tujuh tahun.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya