Mayat lelaki berulat ditemukan tergantung

Mayat lelaki berulat ditemukan tergantung

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA : Mayat seorang lelaki ditemukan tergantung dalam kawasan hutan berhadapan sebuah bangunan di Jalan Sultan Ismail, di sini hari ini.

Dalam kejadian kira-kira pukul 3.44 petang itu, mayat yang tidak dipastikan umur dan bangsanya telah ditemukan dalam keadaan sudah berulat.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi, Asisten Komisioner Sulizmie Affendy Sulaiman berkata, penemuan mayat lelaki itu telah dimaklumkan menerusi talian MERS 999 oleh seorang lelaki tempatan.

Kata beliau, lelaki berkenaan dikatakan telah ternampak mayat berkenaan yang tiada identiti dalam keadaan tergantung.

“Siasatan ditempat kejadian dapati kawasan adalah hutan kecil dan berbukit.

“Lelaki berkenaan ditemukan dalam keadaan leher tergantung menggunakan objek jenis wayar hitam di dahan pokok di dalam semak dekat Jalan Sultan Ismail Kuala Lumpur, ”katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata, mayat lelaki berkenaan ditemukan memakai baju berwarna kelabu selain berseluar pendek warna biru cerah.

“Lelaki itu juga ditemukan bertali pinggang dan memakai selipar berwarna biru.

“Kesan kecederaan yang dapat dilihat setakat ini hanya pada leher sahaja iaitu kesan tali gantung dan lain-lain masih tidak dapat dipastikan lagi,” jelasnya.

Tambah beliau, pemeriksaan tubuh badan lelaki itu tidak menemukan apa-apa dokumen.

“Mayat lelaki itu telah dibawa ke forensik Hospital Kuala Lumpur bagi tujuan bedah siasat yang akan dijalankan esok.

“Kes diklasfikasikan mati mengejut (SDR),” jelas beliau.

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN