Maszlee Malik saran anak muda kuasai ilmu melalui buku

Maszlee Malik saran anak muda kuasai ilmu melalui buku

MASZLEE Malik dan Altimet dalam sesi temu mesra bersama penganjur di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di sini, hari ini. -UTUSAN/NUR ATHIRAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

KUALA LUMPUR: Bekas Menteri Pendidikan, Dr. Maszlee Malik menyeru anak muda untuk kembali mendekati buku sebagai sumber ilmu dan inspirasi, khususnya dalam mendepani cabaran masa hadapan.

Katanya, PBAKL kali ini wajar dimanfaatkan oleh orang ramai untuk memperkukuh ilmu pengetahuan, khususnya dalam kalangan belia.

“Orang muda khususnya disarankan untuk kurang bercakap hal yang sia-sia dan disarankan untuk meningkatkan ilmu pengethuan dalam dada.

“Saya berharap agar lebih ramai rakyat Malaysia dari berbilang kaum untuk hadir ke PBAKL dan bukan hanya didominasi oleh satu kaum sahaja,” katanya dalam sesi temu mesra bersama pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) di sini, hari ini.

Sementara itu, yang turut hadir, Penyanyi atau Aktivis Politik, Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad Syed Abdul Rahman Alhadad berkata, beliau sangat berbesar hati dengan kehadiran pengunjung yang ramai.

“Saya teruja kerana pada setiap tahun ruangnya makin besar melalui peningkatan reruai.

“Saya menyangkal kenyataan yang mengatakan orang Malaysia tidak membaca kerana hari ini kita dapat lihat ramai rakyat Malaysia hadir ke PBAKL,” katanya.

PBAKL Ke-42 bertemakan ‘Buku: Membaca dan Memimpin’ berlangsung sehingga 1 Jun ini menyaksikan penganjuran terbesar dalam sejarah dengan 1,172 reruai dan 258 pempamer mengambil bahagian termasuk 28 pempamer antarabangsa daripada negara ASEAN, Iran, United Kingdom (UK) serta Emiriah Arab Bersatu (UAE).

Lebih 1.9 juta pengunjung dijangka menghadiri PBAKL, menjadikan ia antara acara buku paling mendapat sambutan di dunia, malah turut diiktiraf antara 12 festival sastera terbaik dunia oleh portal pelancongan Zicasso berpangkalan di Silicon Valley, Amerika Syarikat (AS). – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN