Lori terbabas, pemandu mati tersepit

Lori terbabas, pemandu mati tersepit

SEBUAH lori yang membawa muatan tar terbabas sebelum terbalik di selekoh berbukit di Kampung Pondok Upih, Balik Pulau, Pulau Pinang malam tadi.-GAMBAR/JBPM PULAU PINANG
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

BALIK PULAU : Seorang lelaki maut selepas lori yang dipandunya terbabas sebelum terbalik di selekoh berbukit berhampiran JTS Viewing Point, Jalan Tun Sardon, Kampung Pondok Upih, di sini, malam tadi.

Dalam kemalangan yang berlaku kira-kira pukul 10.22 malam itu, mangsa, Shahrizal Ahmad, 44, disahkan meninggal dunia di tempat kejadian selepas tercampak dan tersepit di ruangan kabin belakang tempat duduk pemandu.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang berkata, terdahulu, sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Seri Balik Pulau telah dikejarkan ke lokasi sejurus menerima panggilan kecemasan mengenai kejadian berkenaan.

“Kemalangan berlaku apabila lori yang membawa muatan tar itu dipercayai hilang kawalan di kawasan selekoh berbukit sebelum terbabas dan terbalik di bahu jalan.

“Hasil usaha keras pihak bomba, mangsa yang tersepit berjaya dikeluarkan kira-kira pukul 12.48 tengah malam tadi dengan menggunakan peralatan khas,” katanya di sini, hari ini.

Menurut jurucakap itu lagi, mangsa bagaimanapun disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) yang berada di situ.

“Operasi menyelamat kemudian ditamatkan sepenuhnya kira-kira pukul 1.35 pagi,” katanya yang memberitahu, mayat mangsa kemudian diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN