LIMA'25 sudah sedia sambut pempamer, pengunjung

LIMA’25 sudah sedia sambut pempamer, pengunjung

ADLY Zahari (kanan) ketika melawat reruai yang disediakan sempena Program Veteran Desa MADANI di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, Gua Musang, Kelantan. - UTUSAN/AIMUNI TUAN LAH
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

GUA MUSANG: Persiapan Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25) yang dijadualkan berlangsung di Langkawi, Kedah dari 20 hingga 24 Mei ini sudah selesai sepenuhnya untuk menerima kehadiran pempamer, tetamu dan pengunjung.

Timbalan Menteri Pertahanan, Adly Zahari berkata, LIMA’25 edisi ke-17 anjuran Kementerian Pertahanan (MINDEF) dan Global Exhibitions and Conferences Sdn. Bhd. (GEC) kini di peringkat memperkemas memorandum persefahaman (MoU) bersama agensi dalam dan luar negara.

Katanya, terdapat banyak MoU yang berkait sama ada membabitkan agensi darat, laut atau udara dan jumlah itu akan dimaklumkan menjelang hari penganjuran LIMA’25.

“Kita sudah bersiap 100 peratus dan persediaan kita setakat ini untuk melengkapkan aturan tetamu luar negara serta penglibatan pihak industri dalam LIMA’25. Penganjurannya merupakan medan peneraju industri dalam industri aeroangkasa dan maritim untuk membincangkan perkara yang berkaitan dan menandatangani memorandum persefahaman dalam meningkatkan kerjasama pelbagai pihak.

“Sememangnya akan ada banyak MoU dimeterai kalau kita lihat sebenarnya terutama yang berkait dengan aset-aset pertahanan sama ada darat, laut dan udara. Kita akan manfaatkan pameran kali ini sebagai medan dua hala sebab ada persidangan dan pertemuan yang diaturkan untuk mengikat lebih banyak persefahaman dengan negara yang terlibat terutama negara anggota ASEAN,” katanya selepas menghadiri Program Veteran Desa MADANI di Masjid Jamek Tengku Muhammad Fa-iz Petra, di sini hari ini. 

Adly berkata, Malaysia bakal memperoleh banyak manfaat selain memperkukuh kerjasama dengan negara-negara yang terlibat dalam LIMA’25.

“Pempamer peringkat antarabangsa ini komitmennya cukup tinggi daripada semasa ke semasa. Saya fikir tahun ini kita akan sedaya upaya memastikan bahawa bukan sahaja kita dapat mempamer aset-aset pertahanan tapi dapat melihat pembangunan kepada industri tempatan antara kerajaan  dengan pihak swasta dan negara luar,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN

Teruskan membaca

Nikmati akses tanpa had serendah RM9.90 sebulan

Sudah melanggan? Log Masuk untuk membaca berita sepenuhnya