LIMA’25: Russian Helicopters sampaikan anugerah kepada JBPM

LIMA’25: Russian Helicopters sampaikan anugerah kepada JBPM

Ihsan Russian Helicopters
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

LANGKAWI: Russian Helicopters menyampaikan anugerah kepada perwakilan Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) di Pameran Antarabangsa Maritim dan Aeroangkasa Langkawi 2025 (LIMA’25), di sini.

Russian Helicopters berkata, penyampaian anugerah itu kerana sudah hampir 30 tahun JBPM menggunakan secara konsisten helikopter buatan Russia.

Katanya, helicopter MI-17 sudah digunakan secara meluas di Malaysia sekali gus menjadikan ia tulang belakang operasi JBPM.

“Helikopter-helikopter ini memainkan peranan yang amat penting dalam menjaga kepentingan nasional negara Malaysia. Ia membantu menyelamatkan nyawa dan melindungi khazanah alam semula jadi negara yang unik.

“Prestasi yang konsisten dan bebas masalah dalam keadaan tropika serta maritim membuktikan kebolehpercayaan, keselamatan serta kecekapan helikopter buatan Russia,” katanya menerusi kenyataan media khas kepada Utusan Malaysia.

Untuk rekod, Russian Helicopters merupakan sebahagian daripada perbadanan Russia atau Rostec yang merupakan pemain utama dalam industri helikopter global dan satu-satunya syarikat negara itu yang mereka bentuk serta menghasilkan bilah berputar.

Russian Helicopters berkata, pihaknya membawa tiga jenis helikopter pelbagai guna di LIMA’25 iaitu helikopter Mi-171A3, helikopter pemadam kebakaran Ka-32A11M, dan helikopter Ansat.

“Helikopter pelbagai guna Mi-171A3 dibangunkan khusus untuk memenuhi keperluan syarikat-syarikat minyak dan gas. Ia direka untuk mengangkut penumpang dan kargo ke pelantar penggerudian luar pesisir serta menjalankan operasi mencari dan menyelamat di kawasan perairan. 

“Ansat pula merupakan sebuah helikopter ringan dan serba boleh yang menawarkan tahap kebolehgunaan yang tinggi, kabin yang luas serta boleh diubah suai dan mudah untuk dikendalikan,” jelasnya.

Tambahnya, helikopter Ka-32A11M merupakan model terbaharu dalam keluarga helikopter lagenda iaitu Ka-32.

Pengendali dari pelbagai negara mengakui bahawa ia merupakan salah satu helikopter pemadam kebakaran terbaik di dunia. Helikopter ini telah dinaik taraf dan dilengkapi dengan tangki air SP-32 buatan Rusia yang baharu.

“Tangki ini mempunyai kapasiti sehingga empat tan air serta dilengkapi dengan sistem kawalan digital dan reka bentuk ergonomik yang dipertingkatkan bagi proses pengisian serta pelepasan air,” katanya. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN