Lima projek pembinaan ‘lumpuh’, 330 PATI ditahan

Lima projek pembinaan ‘lumpuh’, 330 PATI ditahan

SEBAHAGIAN daripada PATI yang ditahan dalam operasi dijalankan serentak di lima buah daerah seluruh negeri Johor, kelmarin.
Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

JOHOR BAHRU: Operasi lima projek pembinaan ‘lumpuh’ seketika apabila seramai 330 pendatang asing tanpa izin (PATI) ditahan dalam operasi besar-besaran yang dijalankan di tapak-tapak pembinaan di lima buah daerah di negeri ini, kelmarin.

Pengarah Imigresen Johor, Datuk Mohd. Rusdi Mohd. Darus berkata, seramai 516 individu termasuk warga tempatan telah diperiksa dalam operasi berkenaan.

“Daripada jumlah itu, kami menahan seramai 239 orang lelaki warga Bangladesh, 61 lelaki dan empat perempuan warga Indonesia, 24 lelaki warga Myanmar serta masing-masing seorang lelaki Pakistan dan Vietnam,” katanya dalam kenyataan.

Tambah Mohd. Rusdi, pihaknya turut menahan seorang lelaki warga tempatan berusia 50 tahun yang merupakan pengurus tapak pembinaan di Johor Bahru.

“Kesemua individu yang ditahan berusia antara 20 hingga 57 tahun. Warga asing ditahan di bawah Akta Imigresen 1959/63 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 manakala warga tempatan ditahan mengikut Seksyen 56(1)(d) Akta Imigresen 1959/63,” ujarnya.-UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN