Lelaki warga asing ditahan kelar rakan serumah

Lelaki warga asing ditahan kelar rakan serumah

Share on facebook
Share on twitter
Share on whatsapp
Share on email
Share on telegram

PETALING JAYA: Seorang lelaki warga asing ditahan kerana membunuh rakan serumahnya di sebuah kuarters pekerja di Jalan SS14, Subang Jaya di sini, hari ini.

Kejadian pukul 6.29 pagi itu telah dilaporkan oleh majikan mangsa.

Timbalan Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Superintenden Mohd. Fairus Jaafar berkata, mangsa berusia 28 tahun itu meninggal dunia akibat dikelar suspek.

“Susulan itu pihak polis menahan suspek berusia 29 tahun tidak jauh dari lokasi kejadian pada pukul 8.15 pagi

“Selain itu, pisau yang dipercayai digunakan dalam kejadian turut dirampas,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Tambah Mohd. Fairus, saringan air kencing terhadap suspek mendapati lelaki itu negatif dadah.

“Motif kejadian masih dalam siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Siasatan awal mendapati premis berkenaan dijadikan sebagai kuarters pekerja oleh sebuah syarikat yang menyediakan perkhidmatan pencucian bangunan,” jelasnya.

Beliau berkata, rumah itu diduduki mangsa bersama tiga lagi pekerja yang memiliki dokumen perjalanan sah.

Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian itu boleh menghubungi Pegawai Penyiasat, Asisten Superintenden Siti Sarah Johari di talian 013-209 7958 atau IPD Subang Jaya di 03-7862 7222 untuk membantu siasatan. – UTUSAN

Tidak mahu terlepas? Ikuti kami di

 

BERITA BERKAITAN